"Teknologi terbaik adalah teknologi yang tidak menyusahkan pengguna. Matlamat saya adalah memudahkan yang rumit dan mengautomasikan yang remeh, supaya perniagaan boleh fokus kepada perkara yang lebih penting."
Veteran pembangun perisian dengan pengalaman lebih 25 tahun — bermula sejak era Visual Basic dan PHP, melalui evolusi full-stack moden, dan kini menerajui AI Autonomous (Multi-Agent Systems) dan Vibe Coding.
Saya percaya teknologi sepatutnya tidak menyusahkan dan menjadi halangan yang tak mampu dimiliki. Setiap baris kod yang saya tulis adalah untuk memastikan perniagaan anda boleh bergerak lebih pantas, lebih pintar, dan lebih menguntungkan.
Dari konsep ke pelaksanaan — kepakaran menyeluruh dalam ekosistem digital moden.
Menyediakan rangka utama suapaya anda dapat membina dan mengurus kerja AI multi-agent untuk pembangunan produk digital sendiri dengan pantas, tangkas, dan berskala. Pendekatan Vibe Coding memastikan kelajuan mendapatkan output yang berkualiti.
Membantu pemilik perniagaan dan perunding menyusun semula serta mengautomasikan operasi digital melalui platform Bisnes Live.
Membangunkan alat proprietari termasuk bot kelayakan lead pintar, peti besi IP AI peribadi (iGent.chat), dan penunjuk pasaran saham tersuai.
Kepakaran mendalam dalam ekosistem teknologi moden: Next.js, React, Tailwind CSS, Vercel, Node.js, dan Cloudflare. Infrastruktur yang pantas, selamat, dan berskala global.
Setiap penyelesaian direka khas mengikut keperluan unik perniagaan anda.
Perkhidmatan orchestration AI lengkap — dari konsultasi strategi, pembangunan multi-agent system, hingga implementasi Vibe Coding untuk produk digital anda.
Optimumkan operasi digital perniagaan anda dengan automasi pintar, integrasi platform Bisnes Live, dan strategi digital yang terbukti berkesan.
Jawapan kepada persoalan yang sering ditanya.
Saya sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai projek, kerjasama, atau sekadar berkongsi idea. Hubungi saya melalui mana-mana saluran di bawah.